Wednesday, February 12, 2014

Di sini Allah menceritakan bagaimana keengganan iblis untuk tunduk dan taat dengan arahan Allah. Bahkan ia membesarkan diri kerana merasa dirinya lebih hebat dan mulia daripada Nabi Adam a.s. Maka dia menjadi kafir dan menerima kutukan Allah dunia Akhirat. Allah keluarkan dia dari Syurga yang penuh nikmat dan menukar wajahnya menjadi seburuk-buruk rupa. Di sinilah bermula dendamnya kepada Nabi Adam a.s. dan anak cucu cicitnya yang tidak pernah padam sesaat pun. Jelas, daripada penyakit sombong ini akan lahirlah penyakitpenyakit batin yang lain seperti pemarah, pendendam dan hasad dengki.

Dari sini lahirlah buahnya di dalam tindakan lahir seperti kasar, keras, mengangkat-angkat diri, mengumpat dan menghina orang, menganiaya, penindasan, diskriminasi, penzaliman dan pembunuhan. Sebab itu sombong sangat dimurkai Allah SWT. Kesan daripada sifat sombong ini tercetus kerosakan dalam kehidupan masyarakat seperti hilang kasih sayang, pecah per-paduan, saling berdendam, hina-menghina, kata-mengata dan jatuh-menjatuhkan serta berbunuh-bunuhan. Itulah kemuncaknya. Sebab itu sifat sombong ini mesti dikikisbuangkan.

Sifat sombong ini hanya layak bagi Allah. Ia pakaian Tuhan maka makhluk tidak berhak memakainya. Allah SWT berfirman dalam Hadis Qudsi: “Sombong itu selendang-Ku dan keagungan adalah sarung-Ku. Barangsiapa merampas salah satu darinya, Aku lemparkan dia ke Neraka Jahannam.” (Riwayat Abu Daud)

Di antara ayat Quran yang sangat melarang kita memakai sifat kibir ini ialah: “Sesungguhnya orang-orang yang meyombongkan diri daripada menyembah-Ku, akan masuk ke Neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” (Al Mukmin: 60) “Janganlah kamu berjalan dengan menyombomgkan diri kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan ketinggianmu tidak akan melepasi gunung.” (Al Israk: 37) “Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong.” (An Nahl: 23)
Jadi, siapakah kita untuk bongkak dan angkuh di atas bumi Allah ini???
REnung-renungkan dan selamat beramal....



Monday, February 10, 2014

CUKUP SEKADAR MENDENGAR DAN BERI SOLUSI

Cuba fikir, apabila ada kawan atau individu terkenal ada MASALAH rumahtangga, bercerai contohnya. Kawan dan individu itu TAK cerita pun kepada kita tapi TERINGINKAH kita untuk tahu lebih terperinci kisahnya?..nak tahu sebab apa?, kenapa?, apa punca?, kecurangan ke? mandul ke? tak kasihan ke? dah cuba begini begitu dll.
Untuk apa tahu lebih terperinci?,..SAJA nak tahu dan sedap untuk tahu...mungkin?. TETAPI beralasan 'NAK TOLONG', kononnya padahal tiada dipinta pun. Inilah satu jenis nafsu jahat yang Islam ajar kita KEKANG. Sabda Nabi "Dari antara sifat termulia seorang Muslim, adalah MENINGGALKAN apa yang TIADA KAITAN dengan dirinya".
Justeru, bermujahadah (lawan nafsu) di ketika suka dengar kisah-kisah DERITA DAN BURUK orang yang kita TIADA PERANAN & URUSAN untuk terlibat dengannya. Kisah rumahtangga orang, keadaan masalah kerjaya orang, ye, pelbagai jenis masalah orang lain termasuk artis & 'public figure' YANG TIADA KENA MENGENA dengan kita.
KENAPA LARANG?? kerana sejurus kita buka peluang mendengar dan bercerita, jadilah MENGUMPAT, kemudian akan timbul andaian punca begitu begini lalu jadilah ia SANGKA BURUK dan ia berdosa. Selepas itu, jadi pula bila makin hangat, ia tersebar dan jadilah pula FITNAH ( atau Buhtan di dalam bahasa arab).
Jika benar nak tolong, boleh terus tawarkan pertolongan meringankan kesukaran TANPA perlu mengorek 'cerita' tersebut.

Tuesday, January 21, 2014

PULANGLAH WAHAI PENDOSA

Ku mulai tinta ini
Dengan lafaz yang Maha Mengasihi
Berharap agar hidup diberkati
Dibebani amanah dan kata janji

Wahai teman juga saudara
Benak hatiku dipermain oleh tanda tanya
Teka-teki juga tipu daya
Sedangkan ku tahu mana silapnya

Mengapa mesti diulang kembali
Tangisan dan hiba tidak bererti
Mengapa ditimpa pada pendosa ini
Sedangkan hayat tiada pengganti

Apakah yang layak bagi pendosa ini
Sekadar menunggu dan menangisi
Jika benar rezekiku di sini
Mengapa diuji peritnya kurasai

Ya Waliyyu
Terasa berat di lambungku
Menanggung seksa besarnya silapku
Ringankanlah ya Allah azabMu

Kerana kutahu
maafMu besar  di sisi hambaMu
rahmatilah diriku

agar Kau redha menerimaku….

SALAM MAULIDUR RASUL

Salam maulidur rasul para muslimin sekalian...

"sesungguhnya orang paling rapat dengan ku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku" Riwayat Ibnu hibban dan an-nasai...
        Siapalah kita yang nak dibandingkan dengan junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW...Oleh itu, marilah kita berazam mulai hari ini sehinggalah akhir hayat kita, banyakkan berselawat dan juga beramal soleh serta mengikuti sunnah baginda...
        Dalam pada itu jangan pula kita lupa akan tuntutan wajib ke atas seetiap muslim... kerana apa guna melakukan banyak amalan sunnah tetapi yang wajib ditinggalkan. Renung-renungkan dan selamat beramal dengan penuh keikhlasan dan istiqamah...